Monday, December 1, 2014

Kehendak-Mu


Tuhan


Dibuka-Nya hikmah

sehingga aku mendapati
hikmah tersebut terlebih besar
dari ujian dan kesusahan yang
ditimpakan ke atasku 

Aduh, hati yang pecah apabila

dihadapkan dengan ujian-Nya
yang berat dan dahsyat, 
menggeletar dan meronta

Dipecah-pecahkan-Nya

sehingga memahami, dicanai-canai-Nya
sehingga mengaku dan tunduk

Bahawa kehendak-kehendak-Nya

itulah yang mesti

Wahai hamba-Nya

kehendak-kehendak-Nya ke atasmu
pasti berlaku samada kamu mahu
atau tidak mahu, setuju ataupun
tidak setuju

Tiadalah aku berkehendak melainkan

apa yang Engkau kehendak

Tuhan


Kehendak -Mu itulah

kehendakku


Dari tarikan nafas —

abuyon
01/12/2010