Monday, November 29, 2010

Rintihan Umat

Wahai umat – yang di dadanya al-Quran
yang dulu wajah bersinar cahaya dari langit
tatkala dunia ini berada di penghujungnya
teringat akan ujar Nabi – Imam sekalian Mutaqqin
umatku banyak tak terbilang umpama buih di lautan

Wahai umat – yang diri ini sebahagian darinya
pernah mata ini menangis hati menjerit-jerit
ketika menyaksi lalai dan musnahnya insani
mengimbau bicara Nabi – cinta dunia takut mati

Wahai umat – yang sedang merintih hati
mampukah kita bertahan dan menahan
jika dengan sekadar iman yang ujarnya lagi
bagai carik dan tipis helai-helai bawang

Wahai umat – yang jika zamannya berputar
rindu pada kedamaian dan kebesaran silam
rahmat Junjungan dan keagungan Islam
mahu segera bersama bermusafir kembali
mahu menggenggam bara-bara api!

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
23 Ogos 1999, 10.30 malam

4 comments:

  1. Sahabat, aku kagum dengan kejernihan hatimu !

    ReplyDelete
  2. Salam Zawawi,

    Sahabat, yang kau lihat jernih itu
    patah tulisanku. Akan tuannya
    jahat hangit!

    ReplyDelete
  3. salam... aku singgah menghirup kejernihan air telaga puisimu.

    ReplyDelete
  4. salam setia,

    Moga beroleh rasa, Insya-Allah

    ReplyDelete