Tuesday, October 26, 2010

Jendela Seni

Buat sahabatku di medan seni
jauh di mata dekat di hati
Buat taulanku yang rendah
diri dan baik hati

Tiliklah alam ini, bacalah alam ini
Pandanglah alam ini dari
rasa jendela seni

Nescaya berkatalah hati
pada diri sendiri

Betapa indahnya alam ini betapa
rapinya ciptaan Ilahi
Betapa agungnya
Allah sendiri

Allah, Allah, Allah
Allah, Allah

Rupanya yang dicari ada di sisi
tidak ke sana tidak ke sini

Terpegun kagum jadi
nanar

Tak terluahkan oleh
lidah ini

Tak tergambar oleh
akal ini

Tak terkarang oleh
tangan ini

Hanya yang berbakat sahaja sanggup
menyatakan rasa ini, mengikut
ke mana bakatnya jatuh
menurut pula ke mana
rasanya tumpah

Hanya yang sanggup itulah yang berjiwa seni
Hanya yang sanggup itulah
anugerah diberi!

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
13 Oktober 1997 3.46 pagi

6 comments:

  1. demikian manusia seni dapat menghidu keagungan Pencipta...

    ReplyDelete
  2. Yup, kerana jiwanya yang halus. Kata Hamka, batas antara seorang seniman dengan seorang sufi tipis sekali ..

    ReplyDelete
  3. dari kaca mata seorang berbaju seni,
    pelbagai tafsiran boleh dihamparkan,
    semua nya lahir dari buh rase yang menhempas pantai jiwa.

    cuma,
    bezanya kejujuran yang digali.
    ada menghayati dan menggali kerana wang,
    ada yang mengali kerna cinta,
    mujur,
    bro menggali kerana jujur, kasih akan tuhan, dan melahir fitrah manusia, bahwa kita hanya hamba NYa.

    *lembut betul memegang 'kulit langsir' jendela seni ini ;)

    ReplyDelete
  4. Ya, pasti berbeza seorang yang berjiwa
    seni bersendikan Tuhan dengan yang
    hanya keduniaan ..

    *apa yang lembutnya cahya :)

    ReplyDelete
  5. Salam sahabat, terlalu lama menyepi,
    kami rindukan puisi-puisi kamu, tentunya !

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ya sahabat. Komentarmu menyejukkan. Aduh, saya sudah tidak punya rasa. Ilhamku tumpul. Yang ada, lama-lama. Moga beroleh rasa jua, Insya-Allah

    ReplyDelete