Tuesday, August 31, 2010

Sebuah Hari

Hari ini megah-megah
bendera berkibar-kibar
bersama kobar-kobar ketua
yang wajah kelat-kelat
Tuah-tuah berlainan warna
duduk-duduk melihat saja

Hari ini gagah-gagah
laut-laut jiwa terserlah
tangan-tangan mengepal
keris lembing dijulang-julang
sorak-sorak dan jerit teriak
hanya di cuping-cuping

Hari ini goyah-goyah
semangat-semangat tak seia
Jebat-jebat yang derhaka
lipatan-lipatan sejarah
yang lama-lama terpadam
yang baru terkoyak-koyak

Hari ini merdeka-merdeka
laungan-laungan dari pentas
buat mengabur mata-mata
bagaimana hati-hati merdeka
jika suara-suara tidak dipeduli
jika rumah jerejak-jerejak besi

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
25 Ogos 1999 untuk 31 Ogos 1999



Seruan – Mari Merubah Tarikh

Thursday, August 26, 2010

Wahyu Pertama [II]

Wahyu pertama dari Tuhan,
adalah watikah untukmu,
tuan

Kau adalah utusan Tuhan,
untuk seluruh
alam

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
04 September 09, ba’da taraweh



Inspirasi dari 17 Ramadhan yang
bersejarah

Thursday, August 12, 2010

Taraweh dan Baca

Moga malam kita
taraweh dan
baca



Bersama rukuk-rukuk
dan sujud — panjang
dan lama

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
01 Ramadhan 1431



Ya Allah! Nabi-Mu inspirasi
Kuatkanlah aku untuk
mengaplikasi