Sunday, June 13, 2010

Teknologi Yang Hilang

(Ketika anakku merosakkan
handphoneku)

Ah, anak-anakku
Buya tak marah, buyamu tak kisah
meski kalau kau hilangkan
lagi sekali

Apa erti satu teknologi, kalau
tidak dapat aku syukuri
anugerah yang
Engkau beri

Biar hilang teknologi
asal engkau dekat
di hati,

kerana engkau adalah
anugerah paling
buya hargai

Biar hilang teknologi
asal Engkau di
dalam hati,

kerana Engkau adalah
hidupku dan
mati

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
30 Julai – 25 September 09



Inspirasi dari artikel abuyon
Teknologi Yang Hilang

2 comments:

  1. Boleh hubungkaitkan dengan teknologi Tuhan. Misalnya,

    kerana engkau adalah
    teknologi Tuhan
    paling buya hargai

    biar hilang
    teknologi dunia
    asalkan
    teknologi Tuhan
    kekal di hati

    ini contoh saja, boleh dikemaskan lagi. Dan, jangan lupa, hantarkan sajak ke media. Cuba bersaing di pasaran terbuka.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu, atas ajaran.
    Terima kasih cikgu, atas
    pesanan

    Cuma, kalau cikgu perhatikan
    dua rangkap terakhir adalah
    untuk-Nya

    Engkau di situ adalah Dia
    Allahurabbi

    ReplyDelete