Jika tanah ini kembali bergetar
menyeru-nyeru nama dan roh yang berserak
biar berkumpul semula kesatria terbilang
menyalakan obor buat kita berjuang
Betapa kotor dan panas sekitar
yang debu dan udaranya nafas kita
terus-terus bergerak dan berputar
biar ia menyesak dan masuk ke mata
Jika tanah ini menjerit meminta ditegakkan
keagungan dan kebesaran kerajaan Tuhan
tanpa darah dan airmata adalah keajaiban
mara kita antara sejuta doa dan seribu kekuatan
Titis darah pertama yang telah tumpah
membasahi tanah-tanah ini dan merah
terus mengalir ia dan tak pernah henti
subur segala yang terkandung — isi dan inti
Bahawa kita adalah manusia-manusia
yang dibangunkan dari semangat dan jasad
dari zat-zat keteguhan serta keyakinan
yang tak terlawan tak terkalahkan
Jangan gentar sesiapa berjuang
meski berkorban nyawa dan apa
demi untuk tanah ini!
Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
30 Oktober 1999, 5.20 petang
Untuk Palestin dan mereka yang
terkorban kerananya. Moga
kalian syahid!
Mencari Mursyid
10 months ago

salam abuyon
ReplyDeletemembaca satu puisi yang patriotis sifatnya...
salam fauzi,
ReplyDeleteMoga patah ini memanah
minda dan hati sesiapa
yang tidak berdenyut
untuk tanah kita
dan tanah
Palestin!
Insya Allah kejayaan buat pejuang agama Allah. Kita kena yakin.
ReplyDeleteInsya-Allah, ayahanda
ReplyDeleteHanya menunggu fatwa
dari syeikh kita
dari tanah kita dijadikan
ReplyDeletekepada tanah kita kembali
tulang-temulang rangka badan kita
akan reput dimamah tanah & roh entah ke mana
kita sering berebut tanah
hinggakan tanah merajuk belah seribu
kita sering terlupa akan tanah pusaka
hinggakan hak kita diambil oleh orang lain
kita sering terlupa akan azab tanah
dosa yang kita lakukan akan pasti
"dihimpit tanah!.. biarpun tanah itu sebahagian dari kita"
salam sahabatku Idan,
ReplyDeleteIni sajak lama ni kan .. :)