Sunday, April 11, 2010

Tak Tahu Nama

Sering kita bertegur sapa
Tak tahu nama, tersenyum
cuma

Bahagiakah kita, esok-esok
di daerah sana—

bila Tuhan tidak bertanya,
nama dan tidak pula
menyapa

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
02 Ogos 09 11.00 malam

10 comments:

  1. bahawa tuhanlah yang menyusun segalanya
    sejak azali...

    ReplyDelete
  2. salam fauzi,

    Komentarmu itu adalah isi tauhid
    yang banyak diselewengkan
    oleh akal waras manusia

    Kerana Tuhan menyusun segala,
    kami tidak perlu berbuat
    apa-apa

    Padahal, kita baru tahu apa
    setelah kita berjalan
    di atas apa yang
    kita pilih!

    ReplyDelete
  3. salam sahabat
    tak tahu nama bermakna tak kenal benar
    tak kenal benar bermakna tak tahu nama

    ReplyDelete
  4. salam Dhamah,

    Moga Allah merahmatimu

    ReplyDelete
  5. salam kelompen,

    Sahabat, sajak di atas adalah senario
    biasa di mana-mana. Kenal rupa, sering
    melambai tangan, menyapa, tetapi
    nama tak tahu.

    Di akhir zaman ini, yang ramai hanya
    kenalan. Sahabat, payah!

    ke guane :)

    ReplyDelete
  6. Salam Sahabat,

    Puisi mahukan kita bersahabat dengan alam juga!

    ReplyDelete
  7. salam sahabat,

    Benar, ada sajakku tentang alam.
    Bacalah dari hatimu yang
    putih, Insya-Allah

    http://hijau-tinta.blogspot.com/2009/12/tanda-kasih.html

    ReplyDelete
  8. salam..

    lebih mudah melambai di muka buku..
    (facebook)hee

    ;)


    wassalam..

    ReplyDelete
  9. salam cahya,

    Agaknya sebab itulah di akhir
    zaman ini ramai kenalan,
    bukan sahabat sebab
    kenal hanya di muka
    buku!

    ReplyDelete