Wednesday, April 14, 2010

Gerak Perjuangan

Tua dan muda
sama bergerak berasak-asak
menolak debu yang kian pekat
yang penuh hitam dan mungkarat

Berjuta wajah
yang merah dan panas
bagai api yang menjilat
menyambar mana yang sempat
membakar dada meluap-luap

Takbir suci dan sorak semangat
sama pecah sama bergegak
dari luahan rasa tersarat
yang terpendam dan pekak

O, betapa dahsyat
jika dicoretkan api rasa ini –

Keadilan terencat, merobek
dada kebenaran akibat
menegak suatu gerak
perjuangan!

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
18 Mei 1999 2.00 petang



Inspirasi dan pengalaman ketika berada
di Kuala Lumpur bersama satu gerak
yang mengubah lanskap
politik tanahair

6 comments:

  1. Salam Sahabat,

    Ramai yang berjuang hanya dengan kerdipan mata,
    bersyukurkah, ada suaramu yang didengar Tuhan.

    ReplyDelete
  2. salam ya sahabat,

    Moga diberi Tuhan keikhlasan
    dalam setiap hal, meskipun
    hanya secebis

    ReplyDelete
  3. salam..

    Moga perjuangan itu..
    bukan lahir dari nafsu..
    atau terpesona dengan retorik palsu..
    tetapi..
    untuk mendekatkan diri..
    antara kita dan pencipta...

    *hangat pejuangan kini terasa di hulu.;)

    Wassalam..

    ReplyDelete
  4. salam cahya,

    Moga-moga. Ada orang ikut berjuang
    tetapi tak tahu tujuan!

    Mereka hanya ikut
    orang

    ReplyDelete
  5. salam Dhamah,

    Apa yang betulnya tu :)
    Teringat Upin & Ipin

    ReplyDelete