Tuesday, April 6, 2010

Berikan Sekali-sekala

Sekali-sekala, berikan anak-anak
hidangan ikan kering, nasi dan air
kosong, biar mereka belajar erti
masinnya garam, nasi sesuap
dan air seteguk

Biar mereka belajar
erti hidup

Biar mereka belajar erti
bersyukur — pada-Mu
Tuhan — biar mereka
menyebut-nyebut

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
04 September 2009, ba’da taraweh

10 comments:

  1. salam sahabat
    pada nikmat yang datang walau sekali, syukurilah ia berulangkali..

    ReplyDelete
  2. puisimu yang memberi saranan yang bernas...
    tanpa merasai susah payah hidup anak-anak kita leka dibuai...tanpa mengerti bahawa hidup ini adlah satu perjuangan yang getir...

    ReplyDelete
  3. salam kelompen, sahabat

    Benar sekali katamu yang itu.
    Banyakkanlah kita hamdalah
    kepada-Nya

    Barangsiapa bersyukur, akan
    ditambah lagi nikmat

    ReplyDelete
  4. salam fauzi,

    Zaman ini zaman moden. Anak-anak
    dididik dengan modennya hingga
    anak-anak moden habis

    Kita mendidik mereka mengikut
    zamannya, tetapi akarnya
    mesti diikat teguh

    ReplyDelete
  5. salam,

    juga,
    sekali-sekala,
    bawalah mereka berkunjung,
    ke tanah lapang,
    bersemadi jasad di bawah batu putih,
    rintihan mereka sepi,
    haiwan yang mendengar menangis tanda simpati,
    buat sipolan yang semasa hidupnya rugi,
    mencari selain keredhaan Ilahi.

    ;)

    wassalam.

    ReplyDelete
  6. ketika segalanya sudah berubah...

    ReplyDelete
  7. salam cahya,

    Wah adik patahmu yang di atas
    lagi bernas dan padat

    Molek juga ya, tak perlu
    tunggu hari raya

    Tiap yang bernafas itu,
    pasti berhenti sekali
    untuk selamanya sebelum
    akhiratnya

    ReplyDelete
  8. salam zawawi,

    Yup, ketika segalanya sudah
    berubah

    ReplyDelete
  9. salam cahya,

    Waduh, kenapa pula tak
    boleh masuk blog
    adik

    ReplyDelete
  10. Salam Abuyon,

    "ringkas tapi mendalam sekali".

    ReplyDelete