Sunday, March 28, 2010

Seru Nafasku

Tuhan, kutarik nafasku dalam-dalam
kuseru-seru nama-Mu
Tuhan

Allah, Allah, Allah
Allah, Allah

Kuulang-ulang sampai
mataku terpejam

Kuulang-ulang sampai
gelora jiwaku jadi
tenang

seolahnya macam air di kali
yang tenang dan
nyaman

Allah, Allah, Allah
Allah, Allah

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
28 Mac 2010 8.30 pagi



Inspirasi dari artikel abuyon
Teknologi Yang Hilang

12 comments:

  1. setulusnya dari tarikan nafasmu abuyon....

    ReplyDelete
  2. Salam Abuyon,

    Kami yang selalu terlupa ini memerlukan
    puisi-puisimu

    ReplyDelete
  3. salam Zawawi,

    Kita semua selalu lupa, dan kita
    kena selalu ingat-mengingatkan

    Dan sahabat yang baik itu
    menunjukkan jalan
    ke akhirat

    Moga-moga beroleh rasa
    dan faham di laman
    dhaif ini

    ReplyDelete
  4. Allah.Allah.masya Allah.
    nama-MU harum dipelusuk rasa.
    Allah.Allah.subhannallah.
    Engkaulah yang besar.
    kami yang hina ini terangkat kerana kemuliaan-MU.

    ReplyDelete
  5. salam ummi,

    Qum faanzir wa rabbaka
    fakabbir!


    Moga Allah merahmatimu

    ReplyDelete
  6. akum abuyon,

    saya dah tutup blog2 lama dan buat satu blogzine. ini kolaborasi antara saya, farez, wahyudi dan mungkin zhafir. Tujuan blogzine itu nak mengumpulkan hasil2 penulisan penulis2 baru dan bebas tempatan. Buat masa ini saya mencari artikel2 utk dipaparkan. silalah lawat blog kami: naskahpercuma.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. wsalam NP,

    Terima kasih atas jemputan. Tetapi,
    maaf bertanya, siapa pula
    'saya' itu ya

    Sudah ke sana, moga isinya
    bertambah

    Saya juga ingin menyumbang. Justeru,
    kalau sudi, boleh ambil patah-patah
    saya di sini atau di http://abuyon.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. DIA Allah, tidak perlu dicari. Kita yang menghilangkan diri.

    ReplyDelete
  9. salam alQasam,

    Benar patahmu itu ya alQasam. Hilang
    keakuan kita, nampaklah Dia

    p/s : barangkali komentarmu ini untuk
    sajak saya yang terkini,

    Mencari Dia

    ReplyDelete
  10. kuulang-ulang sampai gelora jiwaku tenang - buang 'jadi.'

    'seolahnya, macam' makna sama. boleh buang 1.

    sebaiknya, namakan 1 kali yang airnya tenang. misalnya, "setenang senyaman air / kali Firdausi"

    itu cadangan saja.

    ReplyDelete
  11. salam cikgu,

    Terima kasih kerana komentar yang sangat berharga. Tanpa jadi, sebenarnya patah tersebut sudah lengkap. Tetapi gelora yang dirasa, menyebabkan saya tak selesa kalau begitu saja. Jadi, saya tekankan lagi dengan meletakkan, jadi.

    Seolahnya, macam. Hmm .. saya tak reti nak buang. Cuba cikgu cadangkan ayatnya.

    setenang air Firdausi - saya akan cuba untuk sajak yang lain, saya memang lemah dalam bab itu.

    Terima kasih juga untuk - kuulang-ulang. Aku kalau guna ku, jadi didekatkan kalau selepasnya kata kerja, betul tak cikgu.

    Kutarik, kupejam, kuulang-ulang

    Sajak ini spontan dari artikel saya sebenarnya.

    ReplyDelete