Tuesday, February 2, 2010

Antara Gerak

Seorang pemuda di tengah gelanggang
kaki melangkah tangan menari-nari
pandang matanya gerun seteru
dalam dadanya amanat pak guru

Musuh menyerbu kaki menerjah
elak tak elak pukulan singgah
jatuh tersungkur rebah ke tanah
kunci matinya menyekat darah

Bila darah bercampur keringat
alam dan insan menjadi satu
dalam diam musuhnya awas
sekali gerak sepuluh tewas

Gerak kita gerak Dia
Bukan kita tapi Dia

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
13 Ogos 1999 5.30pagi

8 comments:

  1. salam setia,

    Insya-Allah, moga
    Allah merahmati
    kita semua

    :)

    ReplyDelete
  2. salam,

    ilmu ini patut dituntut,
    ilmu ini patut dipasak,
    ilmu ini patut diamal,

    buat 'insan' itu,
    yang lemah di balik 'tuala',
    yang longlai dengan 1 soalan sahaja,
    agar mudah menumpas tua senja,
    yang katanya bernafsu kuda,

    hehehe..

    *Pastinya kekanda Abuyon paham dilema kini.
    hehehe..
    -siapa 'insan' itu? ;)

    ReplyDelete
  3. salam cahya,

    Komenmu membuatkan bibirku
    tersenyum, dalam hatiku
    pecah ketawa

    Insan itu, yang senangnya
    menyerah kehormatan,
    katanya sendiri
    .. hehe

    ReplyDelete
  4. Sajak yg baik, lebih baik dari Warna Senja. Tahniah.

    ReplyDelete
  5. salam cikgu,

    Moga ditambah lagi, ilham
    dan rasa

    ReplyDelete
  6. semoga kita menjadi 'pemuda' itu. :)

    ReplyDelete