Tuesday, January 19, 2010

Serikandi Dua

Serikandi dua gigih bekerja
keluar mencari segantang rezeki
untuk nanti pulang sehidang
bersama famili dan suami

Ketika mentari tiada di mata
hendak didongak terlampau cahaya
berehatlah masa berehatlah rasa
berehat jugalah dia

Serikandi dua orangnya ceria
tampak lesu di air muka
sudah lama berbadan dua
nanti akan berputera

Tekun bekerja hingga lupa masa
tapi tak lama, dia sudah terasa
lapar dan dahaga

Tauhu mangkuk disuap satu-satu
O alangkah nikmat rasa
penat sehari hilang
sekelip mata

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
11 November 1997



Inspirasi ketika bekerja di Menara
Tun Razak, Kuala Lumpur

6 comments:

  1. salam setia,

    Tersenyum saya. Cuba baca tarikh sajak
    itu dituliskan.

    Moga Allah merahmatimu

    ReplyDelete
  2. tiada pujian yang maha tulus melainkan buat seorang wanita bergelar ibu

    nice..
    seperti seloka
    santai menghayatinya

    ReplyDelete
  3. salam Riesna,

    Alhamdulillah, moga-moga beroleh
    rasa sesiapa yang membacanya

    ReplyDelete
  4. salam..

    setiap patah serikandi ini,
    juga disuap satu-satu,
    rasanya tak ubah,
    semangkuk tauhu,
    lembut manis rasa bersatu.

    ;)

    wassalam..

    ReplyDelete
  5. salam cahya,

    Patahmu itu lebih manis
    dari tauhu

    Hehe .. terima kasih
    anyway

    ReplyDelete