Saturday, January 23, 2010

Roda Adat Dunia

Sekian lama hilang
baru kini muncul
mesti ada sebab
mesti ada benda

Bukan kosong sahaja
bukan saja-saja
bila senang entah ke mana
bila susah ke sini juga

Itulah manusia cela
tak sedar siapa diri
tak kenal muka sendiri

Tangan menadah muka meminta
mulut berkata tiada malu
didesak-desak mahu selalu

Dasar manusia durjana
bila dapat apa dipinta
lesap tak nampak muka

Macam biasa
tak ditolong, kawan
bila ditolong, setan
Itulah roda adat dunia

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
13 November 1997 8.45 pagi

13 comments:

  1. Salam Abuyon,

    "puisi ini realiti sifatnya, saya juga beberapa kali menghadapi situasi seperti yang tersirat dalam puisi saudara ini".

    ReplyDelete
  2. menulis bukan sekadar menulis
    jadikan tinta - dari jiwa
    getarkan pena - berupa suara

    terus menggetarkan pena.

    ReplyDelete
  3. salam
    itulah rencah kehidupan
    masin, manis , pahit semua ada

    ReplyDelete
  4. salam,

    @cikgu,
    Benar cikgu. Banyak juga sajak saya
    yang lain adalah pengalaman
    dan realiti yang berlaku

    @Wardah,
    Terima kasih kerana sudi singgah,
    sudi pula memberikan komentar.
    Ya, terus-terus menulis biar
    sampai tembus-tembus

    @fauzi,
    Benar fauzi, dan ia terus berputar
    macam roda

    ReplyDelete
  5. itulah adat manusia kini
    terkadang diterpa serba salah
    ditolong lantas senang dilupa
    tak dibantu, menjadi makian pula...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam..

    manusia,
    acpkali lupa dan alpa,
    seringkali berbuat dusta,
    fikrahnya di kaki,
    nafsunya di hati,

    jadi,
    mesti hati-hati..

    ;)
    wassalam.

    ReplyDelete
  8. Tuhan akan membalas semua kebaikan yg dilakukan dengan ikhlas...

    ReplyDelete
  9. salam Ris,

    Yang makian itulah yang tak
    tahan tu

    Pernah kawan cerita,
    ada orang minta sedekah, bila
    orang tak bagi, dikutuk makinya
    pula kawan itu

    ReplyDelete
  10. salam cahya,

    Manusia sebenarnya sentiasa
    lupa dan alpa, sesekali
    saja ingat dan sedar

    Ke guane :)

    ReplyDelete
  11. salam syahrul,

    Kalammu itu benar. Dan kita hanya
    menghuraikan kehidupan, dan itu
    juga benar


    Ada tak orang yang buat jahat
    dengan keikhlasan :)

    ReplyDelete
  12. salam Para,

    Silakan, moga Allah
    merahmatimu

    Moga-moga beroleh rasa
    di laman dhaif ini

    ReplyDelete