Sunday, January 10, 2010

Ratu Hatiku

Ketika getir bertarung
antara langit dan bumi
bergelombang tujuh lautan
merekah tanah-tanah pusaka
merah darah membuak
bergelut antara amanah
dan apa yang terpahat
jeritan nafas yang berputar
di hujung pintu syurga
kuntuman bunga-bunga
yang mekar mewangi
bersama doa teguh sejati
daerah itu sungguh ngeri
yang kini aman kembali
sejuta jeritan dan tangis
adalah ubat segala perit
membawa seribu erti
sinar roh suci terpancar
putih dan kudus zuriat
berkaca-kaca matanya
menatap kurnia dari Tuhan
belahan luka-luka yang lalu
adalah denyut-denyut aku
Dia adalah permata
ratu hatiku

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
24 Ogos 1999 9.30 pagi



Terima kasih ibuku. Semoga engkau meredhai
anakmu ini yang sering membuatkanmu
menitiskan airmata

8 comments:

  1. syukur kepada kamu yang punya dan mengalami kasih seorang ibu.

    ReplyDelete
  2. aduhai
    airmata ibu sejuk mengalir laju di pipiku
    basah dibaju.

    ReplyDelete
  3. Tarikh tersebut adalah saat
    getirnya untuk kelahiran
    seorang cahyamata

    Sampai sekarang, dia masih
    merawat dan menjagaku
    di saat ujian getir
    menimpaku

    Semoga aku dapat berbakti
    kepadanya,semoga aku
    menjadi anak yang
    soleh buatnya

    ReplyDelete
  4. ratapan nurani yang kekal diabadi...
    moga lelah keringatnya dilestari di relung sukma...

    ReplyDelete
  5. salam..


    Maafkan aku ibu.
    Atas kesemua kesalahanku,
    Kerna aku tidak mampu,
    hidup dalam kemurkaanmu,
    Kerna Syurgaku,
    Di bawah telapak kakimu.


    wassalam

    ReplyDelete
  6. Syurga anak di bawah telapak
    kakinya ibu

    Syurga isteri di bawah telapak
    kakinya suami

    Syurga umat di bawah telapak
    kakinya Nabi

    ReplyDelete
  7. Salam Abuyon,
    Selamat hari lahir, lindungi ibumu seperti kau melindungi dirimu.

    ReplyDelete