Sunday, December 6, 2009

Warna Yang Tenteram

Ketika anak-anak di padang bola bermain,
berbunga hati mereka di bilik darjah,
sama mengeja dan sama membaca,
melukis dan mengecat
tak kira apa warna

Jangan kita-kita yang kononnya matang
dan dulu, merasa garam menghitam
dan menghilangkan — warna-warna
harmoni dan tulus yang dipalit
mereka bersama penuh
tenteram

Mari anak-anak, kita mewarna
dengan kalam Tuhan, agar
dunia dan isinya aman

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
13 September 09 8.00 malam

4 comments:

  1. sesungguhnya ibu bapa dan pesekitaran yang mencalit warna kepada pemikiran dan mata hati anak-anak kecil itu.

    warna2 yang tidak harmonis dan complement each other akan buat warna mereka mula jadi tidak tenteram.

    ReplyDelete
  2. Benar, amat malang jika ayah atau
    ibu atau orang yang sepatutnya,
    hanya mementingkan diri, atau
    visi sendiri berbanding dengan
    kebajikan dan masa depan
    anak-anak

    Kupohon pada-Mu - warna-warna
    yang harmoni untuk
    anak-anak

    ReplyDelete
  3. Salam Abuyon,

    "ajarlah anak-anak mengikut zaman mereka - moga kebahagian itu terpulang kepada ibu bapa jua".

    ReplyDelete
  4. benar cikgu,

    Tetapi tiap sesuatu itu
    ada batasnya

    ReplyDelete