Monday, December 21, 2009

Tanda Kasih

Malam gelak bintang hairan
bulan enggan awan mahu
siapa yang kering siapa yang hangat
jantung berdebar badan senyum
tanah tertawa pohon mengilai
sang kodok di hutan
sahut-menyahut
tanda menang
tanda riang

Itulah kasih Tuhan
melimpah ke alam

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
13 November 1997 9.30 pagi

5 comments:

  1. salam..

    Dan bertebaran kasih tuhan,
    membasahi setiap susuk bumi,
    hadirnya turun senada dan berirama,
    kadangkala melafazkan ceria,
    acapkali mendendangkan murka,
    namun tujuan Dia tetap sama,
    menghijau daun dan mendamai raga.

    ;)

    wassalam..

    ReplyDelete
  2. salam cahya

    Benar. Dalam murka-Nya ada
    rahmat-Nya.

    Dalam rahmat-Nya ada
    murka-Nya

    ReplyDelete
  3. salam abuyon
    segalanya adalah
    rahmat tuhan

    ReplyDelete
  4. salam saniza,

    Moga Allah merahmati, dan memberikan
    ilham untuk saya dan kamu juga

    Salam Fauzi,

    Benar, segalanya rahmat Tuhan
    jika mata ini pandai
    melihatnya

    ReplyDelete