Friday, December 18, 2009

Di Suatu Taman

Babak 1

Di suatu taman
tampak segar dan nyaman
bunga kembang sejuta warna
kumbang terbang ke sini sana
yang mata sejuk memandang
tumpah sampai ke tasik fana
O, betapa indah suasana
terserlah rahsia Tuhan
mengatur buana

Babak 2

Di suatu taman
tampak ceria dan lapang
bunga mekar sejuta rasa
kumbang penat tidak terasa
berdenyut rumpun minda
mengalir sampai ke tasik jiwa
O, betapa indah suasana
terserlah rahsia buana
anyaman keagungan Tuhan

Babak 3

Di suatu taman
tampak indah dan damai
bunga harum merata
kumbang singgah meminta
yang hati segala gementar
tapi semua hanya sebentar
O, betapa suasana
sudah retak sejuta
sudah rosak binasa
pudar warna ternoda
dicemari dua manusia
adam dan hawa

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
15 Julai 1998



Inspirasi ketika ke Taman Tasik Titiwangsa
dan Perdana

8 comments:

  1. Salam Abuyon,

    "sedih membaca hakikat muda-mudi dalam puisi saudara kali ini",

    "salam tahun baru Hijrah".

    ReplyDelete
  2. salam abuyon
    mereka tidak mengenal hakikat taman-taman disyorga

    ReplyDelete
  3. Tahun baru, semoga semuanya bakal berubah menjadi lebih baik...InsyaAllah

    salam,




    * Awan

    ReplyDelete
  4. salam..

    taman indah,
    berlapang dada,
    sejauh mata memandang,
    lebih luas dari tanah arab,
    buat insan akrab,
    memeluk Hadith dan KalamNya.

    *selamat tahun Baru bro.
    Moga sentiasa dalam kesejahteraan,
    dalam acuan KeredhanNya.
    ;)

    Wassalam..

    ReplyDelete
  5. salam cikgu,

    Itulah realiti hari ini. Yang lagi dahsyat
    bukan saja muda mudi tetapi yang sudah
    bergelar isteri dan suami

    ReplyDelete
  6. salam Fauzi,

    Demikianlah kalau mereka tidak tahu hukum,
    atau tahu hukum tetapi membesarkan
    nafsu dari membesarkan Tuhan

    ReplyDelete
  7. salam awan

    Moga-moga. Moga awan tidak lagi menurunkan
    hujan banjir, tetapi hujan rahmat

    ReplyDelete
  8. salam cahya,

    Taman-taman indah jadi hitam
    kalau hati menurut syaitan
    bukan Tuhan

    ReplyDelete