Tuesday, November 10, 2009

Jangan Dulu

Satu perkara yang tidak kau tahu,
jangan dulu kau geleng, menafi
marah sengoti atau kau
angguk setuju

seperti sabda Nabi — kita
memusuhi apa yang
kita tak tahu

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
04 September 09, ba’da taraweh



Inspirasi dari Hadis Rasulullah SAW

5 comments:

  1. salam abuyon
    lama menyepi..

    Betul abuyon. Ada manusia takut dengan benda atau perkara yang mereka tidak ketahui.

    Terus menghukum dan menyemai benci.
    Selidiki dahulu...
    kaji..
    bacalah dengan nama Allah SWT...
    semuanya mudah difahami kelak..
    tanpa agenda tersembunyi.

    ReplyDelete
  2. Jangan Dulu ii

    Satu perkara yang kau tidak tahu
    jika berpura tahu pastinya akan sesat-larat
    membiarkan sahaja tanpa bertanya
    pastinya kita akan ketinggalan
    membiarkan orang melakukan segala
    pasti dikau akan jadi batu loncatan.

    (Sebaiknya kita memusuhi apa yang kita tidak tahu)
    agar kita saling berjaga-jaga
    tentang kemungkinan ianya memerangi kita
    mungkin juga dia akan dapat melindungi kita
    yang penting bagaimana kita mendekati segalanya.

    Satu perkara yang kau tidak tahu
    bagaikan fatarmorgana di perjalanan
    bagaikan makhluk asing di angkasaraya
    bagaikan maut di setiap jalan raya
    bagaikan impian tidak kesampaian
    bagaikan janji tidak dikotakan
    bagaikan kekasih tidak kunjung tiba
    bagaikan maut nan bakal merisik kita.

    Bila-bila & di mana-mana sahaja
    kita makin keliru dihantui tidak tahu.

    ReplyDelete
  3. benar abuyon
    kita serah pada yang ahli
    jangan kita buat kesimpulan
    tanpa pedoman ilmuan
    nasihat yang baik

    ReplyDelete
  4. kalau tak tahu carilah ilmu kasi tahu... nak buat kesimpulan buatlah kesimpulan sendiri jangan ikut kesimpulan orang :)

    ReplyDelete
  5. salam semua,

    Semoga Allah memberkati. Ya, banyak perkara yang kita tak tahu, kerana kita tidak ada ilmu atau tersalah tafsir atau tidak diberitahu, yang akhirnya menjadi fitnah pula.

    Semoga Allah melindungi kita dan jangan kita menjadi musuh atas apa yang kita tidak tahu, sekurang-kurangnya apabila mendapat khabar berita yang tidak molek tentang sesuatu, kita bertanyalah, sepatah dua.

    Dan inilah ajaran yang ditunjukkan oleh Allah di dalam Al-Quran.

    ReplyDelete