Monday, October 12, 2009

Warkah Cinta [1]

Dengan nama-Mu Tuhan yang Maha
Pengasih Maha Penyayang

Sejahtera atasmu wahai isteri
yang dicintai, moga-moga Tuhan
sentiasa mengasihi

Wahai isteri,
Tak dapat abang nyatakan di sini
Betapa kosongnya hati apabila
engkau tiada di sisi

Terasa segala yang ada khayali
dan tidak wujud lagi

Wahai isteri,
Engkau adalah nafas, engkaulah
permaisuri

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
27 Julai 09 6.00 petang



Inspirasi dari surat lama yang kujumpa
[bertarikh 30 November 2002] yang
terkandung di dalamnya, cinta

15 comments:

  1. Salam Abuyon,

    "beruntunglah kepada manusia bergelar isteri".

    ReplyDelete
  2. jika aku isterimu...
    sudah tentu aku akan melupakanmu...

    ReplyDelete
  3. salam..

    dan berkumandang di corong-corong usang,
    bait-bait asyik gelora cinta kepada wanita,
    silih berganti puji-pujian kasih dan sayang,
    pelukis jalanan juga tidak mahu ketinggalan, menggambar keindahan insan yang digelar hawa,
    bukti ketinggian martabat hiasan dunia,

    bergembiralah kamu wahai suami,
    jika memiliki isteri yang mulia,
    bukan mulia di kaca mata mu,
    tapi juga mulia di arashNya,
    pasti bahagia mengiringi jiwa.

    ______________________


    "Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik.” (QS. Ali ‘Imran: 14)


    *moga berbahagia hingga ke anak cucu bro,
    dalam acuan keredhaan Dia.
    (^^,)

    wassalam..

    ReplyDelete
  4. Alangkah malangnya wanita bernama isteri yang setia tetapi diabaikan, diseksa zahir dan batinnya.. bertaubatlah kamu wahai lelaki yang mengaku mencintai Tuhan tetapi hanya pandai mengkhianati amanah-Nya.

    ReplyDelete
  5. sedarlah kamu wahai lelaki bahawa di pundakmu memikul amanah dan tanggungjawab yang besar d cc Allah .isteri dan anak2 adalah sebaik2 perhiasan namun sayang d abaikan dan d seksa zahir,batinnye.alangkah tandus dan keringnye jiwa nuranimu duhai lelaki yg bergelar suami.ingat hukum karma pasti menanti.....

    ReplyDelete
  6. kasih,sayang,cinta? ah... bohong belaka.bicara dusta.sekadar kata2 yang tak berjiwa.ungkapan yang tiada erti apa2.

    ReplyDelete
  7. Luarbiasa adalah biasa dalam sekolah cinta
    Insan yang mempelajarinya tidak akan mendapat cuti(patah dari Himpunana fadhilah amal)..Jgn biasakan diri dengan cinta biasa..Bercintalah dengan cinta luarbiasa.. Yang tak nampak dimata, Yang tak akan layu sepeti bunga, Yang tak akan hilang pudar dek zaman..

    ReplyDelete
  8. salam..

    bro..
    mana kelibat sang puisi itu?
    hilang sepi tanpa lentera?

    wassalam..

    ReplyDelete
  9. Buat TimurLane yang lembut lidah, keras hati..

    Telah lama kumenunggu.. penuh sabar. Ombak bergulung, debu berterbangan, duri yang menikam kuhadapi dengan teguh hati. Aku sabar, aku tabah, aku redho.

    Tetapi apabila kesabaranku dicarikkan tanpa dihargai.. aku tak sanggup lagi. Biarkan aku melangkah pergi, tak mungkin kuberpaling lagi. Telah kumaafkan segala salah silapmu. Dan harap kau maafkan jua segala kederhakaan, kedegilan, ketaksolehahan, kekerasan malah kebinatanganku yang pernah kau sebut dan menjadi basahan lidahmu.

    Biarkan aku hidup seperti manusia biasa yang lainnya. Aku telah keluar dari penjara itu, kini menghirup nikmatnya udara merdeka.. di bawah naungan kasih sayang Ilahi yang sentiasa memandangku dengan penuh belas kasihan dan kasih sayang. Jika kau telah bertaubat dan ingin berubah.. silakanlah tetapi bukan kepadaku; silakanlah kepada bunga baru yang indah harum mewangi.

    4 Oktober 2001 Allah menyatukan kita.. 5 Oktober 2009, Allah memisahkan kita. Alhamdulillah.. terima kasih Allah atas segala tarbiah yang muluk selama 8 tahun ini. Wahai Allah Tuhanku Yang Maha Penyayang, segala puji hanya bagi-Mu.

    ReplyDelete
  10. Tumpang lagi wahai Abuyon..
    TimurLane..

    Dulu aku sering mengimpikan keindahan dan kemuliaan bergelar isteri. Dan apabila diijabkabulkan denganmu, sedarlah aku.. aku tidak layak untuk gelaran itu. Ternyata bergitu sukar untuk menjadi isteri. Kau menginginkan Siti Khadijah, Siti Fatimah dan Siti Hajar.. tetapi aku hanya wanita biasa. Betapa sukarnya menjadi isteri yang diredhai jika tersalah cakap dan tingkah sudah mendapat gelar derhaka darimu.

    Betapa sukarnya menjadi isteri yang taat jika memberikan pandangan dan pendapat sudah dianggap degil olehmu.

    Aku takut untuk menjadi isteri kepadamu bahkan kepada sesiapa pun lagi. Aku tidak layak untuk gelaran itu. Aku wanita yang hina-dina, derhaka, degil, tak solehah, suka melawan, kasar dan keras. Aku sudah serik.

    Kau carilah Siti Khadijah, Siti Fatimah atau Siti Hajar yang boleh memasak lebih baik dariku, membuatkan minuman untukmu setiap waktu, mengurutkan kaki dan badanmu tanpa jemu, hanya menangis bila kau meradang tak menentu.. carilah.. carilah.. carilah..

    Biar sampai sepuluh orang yang serba sempurna berbanding diriku yang hodoh lagi hitam legam ini.

    ReplyDelete
  11. salam..

    kembara dhaif..
    siapah gerangan susuk mu?

    pedih sekali bentak jiwamu..?

    maafkan aku..
    jika pertanyaanku..
    menjirus garam di lukamu..

    wasalam

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Wahai sedaraku Abuyon...

    Tiada guna kau bermain kata-kata jika hakikatnya kau hanya berdusta semata-mata!

    Pandai menuturkan kata cinta tetapi memaki hamun isteri hingga hidupnya sengsara!

    Membuat janji-janji manis tetapi tak pernah dikota!

    Anak-anakmu juga dijadikan hamba? Apakah kau ini boleh digelar sebagai bapa?

    Kemanakah imanmu dan apakah yang bermain di benakmu sehingga sanggup kau perlakukan mereka sedemikian rupa?

    Kini mereka sudah tiada dalam penjara buatanmu dan apakah yang kau rasa?

    Kesunyian dan kekesalan yang tak terkira?

    Insaflah dan bertaubatlah sedaraku!!!!

    "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan sendiri yang binasa"....

    ReplyDelete
  13. salam abuyon
    agak lama dah tak baca puisi darimu..
    ayuh aku sedang menunggu
    satu lagi sentuhan dari fikiranmu...

    ReplyDelete