Saturday, September 12, 2009

Puasa Yang Pertama


(sudah 22 hari Auzaei berpuasa)

Terima kasih anak keduaku
Kau menyebabkan abuya dan
ummimu bangga —

Bila bercerita riwayatmu
pada dua nenek dan
datuk-datukmu

Dalam umurmu 5, kau telah
belajar erti berpuasa, meski
buya dan ummimu
tak paksa*

Dari abangmu, kau belajar lapar dan dahaga
Darinya, kau jadi sabar dan perkasa
(hormat abangmu sampai
bila-bila)

Meski menangis sekali-sekala
di hari pertama — itu biasa
bila disua adik-adikmu,
dingin air dan lazat
kemosa

O Tuhan — sungguh anak-anak
adalah cahaya mata

Nikmat-Mu yang sungguh bahagia,
hadiah buat buya dan ummi
di dunia

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
25 Ogos 09 1.30 pagi



Inspirasi dari anak keduaku — yang
mengangguk setuju bila
diajak berpuasa

*sikit-sikit saja :)

13 comments:

  1. *sikit-sikit saja

    Sebenarnya ia harapan besar kan!!!

    ReplyDelete
  2. salam Isma,

    Hehe.. yup,tepat dan benar sekali
    ya Isma. Itulah harapan kami,
    besar dan tinggi

    Terima kasih kerana
    mengungkapkan

    ReplyDelete
  3. melentur biar dari rebung.

    mudah dewasa kelak menjaga buya dan ummi.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... salam aidilfitri...

    ReplyDelete
  5. cari sajak-sajak anda terbaik dan hantar kepada sudean66@hotmail.com utk pertemuan penyair nusantara. kalau bernasib baik, akan terpilih

    ReplyDelete
  6. salam Handhalah,

    Hmm .. kalau boleh waktu tua nanti,
    tak nak menyusahkan anak-anak
    samada mati dulu, atau diberi Tuhan
    kesihatan

    Mohonlah aku kepada-Mu,
    agar anak-anakku soleh
    dan budiman belaka

    Mohonlah aku ya Tuhan
    yang rahman yang rahim

    ReplyDelete
  7. salam mOEha aziz dan syahrul,

    mOEha,
    Dah sihat ke sahabat, semoga Ramadhan
    ini membawa sejuta kesihatan dan
    keberkatan

    Salam Raya, maaf zahir
    dan batin

    Syahrul,
    Selamat Hari Raya,

    Pakcik, nok duit raya - anak bongsuku
    bertanya .. hehe

    Sajak raya tak
    ada ke :)

    ReplyDelete
  8. salam pak,

    Saya berminat, mohon kalau ada
    info detail.

    Syahrul pun berminat,
    kan :)

    ReplyDelete
  9. pertama kali dapat jawapan macm tu.
    diam sambil berfikir...

    *berapa ramai yang macam abuya kat luar sana?

    ReplyDelete
  10. Salam..

    gembira pula nak berkongsi.. puteri bongsuku sedikit persamaan dengan putera keduamu.. setakat ni 3 hari br tertinggal.. itupun atas sbb rasanya dia terlupa dan teruja melihat gula2.Apapun bersyukur sy kepada Allah, Tahun ni thn pertama bersama dia berpuasa... Kanak2 dan orang dewasa berpuasa..Lihatlah kekuasaan Allah, Mereka muda kita dewasa...walaupun kita sama sama berpuasa..

    ReplyDelete
  11. salam Handhalah dan Hajia,

    Handhalah
    Bukan saya seorang, ramai lagi
    rasanya yang begitu .. he

    Hajia
    Kirim salam saya pada anak-anak Hajia
    Bila besar biar jadi soleh dan
    solehah

    Buatlah sajak, satu dua untuk
    mereka

    Ke guane :)

    ReplyDelete
  12. Salam abuyon..

    Allahumma.. aameen

    enta buat ana teruja nak buat jugaklah..
    InshaAllah.. :)

    ReplyDelete