Thursday, September 24, 2009

Muqaddam Dan Mainan

Berikan anak-anak, mainan
nombor dan huruf, angka dan
aksara, agar mereka tahu
membaca, tulis
dan kira

Berikan anak-anak, bola dan
kayu pemukul, guli dan
main tol, agar mereka
cergas dan sihat
betul-betul

Berikan anak-anak, muqaddam
dan penunjuk, rehal dan
songkok, agar mereka
tahu sujud dan
rukuk



Berikan anak-anak mengaji
agar mereka betul
kenal Allah dan
Rasul

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
04 September 09, ba’da taraweh



Inspirasi dari anak sulungku yang sudah
pandai baca kitab — muqaddam dan
surat besar-Nya

Kredit juga untuk isteri tercinta atas sentuhan
dua patah kata yang kerananya, sajak
ini berjaya disudahkan

10 comments:

  1. berikan anak-anak gitar agar mereka boleh jadi rockstar!! yeaaahh beebbeeh :)

    ReplyDelete
  2. salam Syahrul,

    Patahnya cantek dan kena, gitar dan rockstar,
    tapi awakpun tahu, isi dan maknanya tak
    kena dan saya tak berkenan ... hehe

    ReplyDelete
  3. salam abuyon
    benar katamu
    sebulan mengikat nafsu
    tapi datang syawal habis sumua...
    puisimu ini baik sekali buat menyedarkan
    mereka dalam mendidik anak...

    ReplyDelete
  4. salam faziz ar,

    Ya, moga-moga ia menjadi ingatan
    kepada para ibubapa (kita inilah) dan juga
    mereka yang bakal menjadinya

    ReplyDelete
  5. Aduh!.. sedapnya puisi ini
    bait-bait katanya penuh suri teladan.
    Agar anak-anak kita sentiasa
    akan menjadi insan bertakwa
    sentiasa menjaga nama baik keluarga
    & menjadi pemangkin bangsa mulia.

    ReplyDelete
  6. salam sahabatku Idan,

    Semoga patahnya mendidik,
    yang membacanya lebih-lebih
    lagi yang menulisnya

    Suka mendidik dan
    dididik

    ReplyDelete
  7. Salam Abuyon,

    "memberi ada hadnya, bukan ?".

    ReplyDelete
  8. salam cikgu,

    Sekali baca, benar cikgu
    memberi ada hadnya
    untuk didikan, kena ajar
    berpada-pada

    Adapun untuk kebajikan memberi
    barangkali tiada batasnya
    lebih-lebih lagi jika
    memberi dengan hati

    ReplyDelete
  9. salam..

    jang dilupa juga,
    diselitkan sampul duit raya,
    moga-moga,
    si anak tidak muncung sedepa,

    heheheh..

    *saya pun nak juga..
    saya tidak bermuncung-muncung ragamnya,
    tapi terus balik kampung..
    ;)

    wassalam..

    ReplyDelete
  10. salam cahya,

    Macam cikgu zul sebut,
    beri ada hadnya

    Duit raya budak kecik saja,
    orang tua mengada-ngada .. hehe

    ReplyDelete