Tuesday, September 15, 2009

Lebaran Yang Mesra

Ketika darah naik ke muka, sesiapa
Seolahnya tidak berguna lagi apa yang
dulu makan semeja, sama mengacung
tangan bila merdeka, naik kereta
bersama buatan Malaysia

Tidak adakah di dalam hati — sedikit
rasa-rasa kemanusiaan, saling memberi
dan merasa, berbudi dan berbahasa,
saling bermaafan, kasih dan cinta
sesama kita dan lainnya

Darah yang tumpah ke tanah, sama
panas, dan sama-sama merah
meski antara kita, kulit berlainan —
warna dan keturunan

Kita semua manusia, sama dijadikan
Sama punya hati dan perasaan,
keperluan dan penghargaan

Kawan — apa kata, sempena lebaran
yang mulia dan mendatang, kita lupakan
segala api sengketa dan permusuhan
untuk hidup di bumi-Nya yang
masih luas dan nyaman

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam



Salam satu Syawal untuk
satu Malaysia

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
13 September 09 7.00 petang



Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

17 comments:

  1. Salam.. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan batin, Sobat!

    ReplyDelete
  2. salam setiakasih,

    Anakku bertanya - duit rayanya
    mana ummi setia ..he

    Salam aidilfitri dari
    kami ya.

    ReplyDelete
  3. salam,

    aidilfitri merupakan hari besar buat kita... moga segala rahmat dan kurnian juga akan berdedal jatuh sebesar besarnya... :)

    minal aidil wal fa izin...

    ReplyDelete
  4. salamabuyon
    terima kasih atas ingatan sempena idul fitri yang akan mendatang
    tapi kesedihan kerna ramadhan kan pergi
    cakap kat anak kalau nak duit raya jemput berkunjung ke teratak pakcik...insyaalah
    selamat hari raya maaf zahir batin dari saya...
    salam puisi...

    ReplyDelete
  5. Bismillah ar Rahman ar Rahim
    Solatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah
    Salamullahu `alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh

    Berkata ustaz sewaktu tazkirah ramadhan tempohari, sifat ar Rahman merupakan bentuk sayang ALLAH swt yang tercurah ke atas sekalian makhlukNya, manakala ar Rahim adalah bentuk kasih ALLAH swt yang dikhaskan buat hambaNya yang muslim, beriman juga bertaqwa kepadaNya.

    Sudah lama mengikuti puisi abuyon yang sungguh terkesan dihati dalam hemah kelembutan ayat-ayat abuyon. Barakallahu fiik ya sidi.

    Salam di dalam kemuliaan syiam yang berbaki dan qiam. Salam penuh kemaafan di dalam sedar mahupun tanpa sedar saya akibat kefaqiran yang menghijab saya dari menyedari khilaf sendiri.

    Eid Mubarak! Kullu am waentum toyyibun
    Wassalamu'alaikum warahmatullah

    ReplyDelete
  6. dari denyutan paling dalam ye bro... selamat hari raya.

    ReplyDelete
  7. salam..

    ya,
    paling tenang dan dalam,
    sElamat hAri rAya.
    Maaf Zahir dan batin.
    ;)

    *duit raye?
    alahai....
    =)
    salam raye kepada anak2 sekali..
    duit raye.. tgu saye kerja dulu..
    heee ;)

    ReplyDelete
  8. Salam Abuyon,

    "maaf jika terkurang dalam bahasa tulisan saya",

    "pesan untuk anak-anak, duit raya pakcik boleh berikan sekiranya sudi hadir ke rumah pakcik",

    "jika saudara betul orang sekitar Kemaman ni juga jemputlah ke rumah saya - PT 10537, Perumahan Lot 144, Fasa 3, 24000 Kemaman - selepas hari raya keempat sahaja (sebelum daripada itu saya di Kuala Terengganu).

    ReplyDelete
  9. salam lebaran buat abuyon sekeluarga

    ReplyDelete
  10. Pak cik wan ni belaja lagi..
    kat maktab Perguruan..
    2 tahun lagi nak abes..
    duit raye kene tunggu 2 tahun lagi la..
    hehe..

    ReplyDelete
  11. Salam lebaran buat anakanda dan keluarga. Semoga kehadiran syawal membawa kebahagiaan buat anakanda dan famili.

    ReplyDelete
  12. ...Kita semua manusia, sama dijadikan
    Sama punya hati dan perasaan...

    Seyogia kita juga sering salah menggunakan hati & perasan.

    Salah itu apakah sengaja atau terleka
    Salah itu apakah dendam atau kepuraan

    Maka kita sering amat asyik bermain api
    asyik merampas yang bukan hak
    asyik tak cukup segala rahmat
    asyik menuding & bersangka buruk
    asyik melupai asal kejadian
    asyik berbangga dengan keturunan
    Maka kita sering amat asyik bermain api
    (Kali berkali)

    Seyogia kita juga sering salah menggunakan hati & perasan.

    Hingga hilang hati perut, kalut & tanpa kenal lagi apakah namanya Mengenal Untung.

    Sesama kita semakin berjarak.
    Seolah lemas & resah
    menangani musuh dalam selimut
    jiwa raga semakin gurur.

    ReplyDelete
  13. salam raya

    mOEha aziz, bagi kita di Malaysia, id fitri disambut meriah, tetapi dapat cerita dari kawan orang rumah yang pernah ke Algeria, katanya id Adha di sana disambut meriah, raya fitrah biasa-biasa. Lepas solat raya, tamat raya.

    ReplyDelete
  14. salam raya semua,

    @Faziz ar
    Ya, saya sedih perginya Ramadhan, tapi
    malu juga kepadanya

    @nahwanNur,
    Sungguh Allah itu Maha Pengasih, maha
    Penyayang

    @Kongkang
    salam aidilfitri juga. Maaf zahir dan batin, dan dari denyutnya yang paling dalam, itu mesti .. ke guane :)

    @Pyanhabib
    Bro, tak dapat beli apa-apa untuk
    raya, tak apa asal hati raya dengan
    kebesaran-Nya

    @Cahya
    Anak saya kata, dia akan tunggu .. hehe

    @Cikgu
    Kami keletihan untuk pergi ke
    mana-mana sehari dua ni ... tapi
    alamat cikgu saya simpan. Moga-moga
    diberikan kelapangan oleh-Nya

    @Sinar_islami
    Salam lebaran juga buat sinar_islami
    sekeluarga. Moga bertambah barakah
    dari-Nya

    @Kacik
    Tangan tak dapat bersalam raya, hati kitalah
    bersalam dari denyutnya paling dalam.

    @Syazwan
    Tak apa, kita tunggu lagi 2 tahun
    ke guane .. hehe

    @Ayahanda
    Semoga ayahanda dan keluarha sihat
    sokmo dan bisa berkarya terus

    ReplyDelete
  15. salam sahabatku Idan,

    Salam raya 6, kalau puasa, hehe
    Yup, kita sama dijadikan, punya hati dan
    perasaan tetapi kita sering tak perasan
    hati kita tidak punya perasaan

    Sebab itulah terjadinya
    pertelingkahan

    ReplyDelete