Friday, September 11, 2009

Iklan Yang Hilang

(Elegi untuk Yasmin
Ahmad)

Meski kita berlainan bicara
tapi iklanmu — aku suka

Filemmu — tak pernah kulihat
tapi aku tahu, pro dan
kontranya

Agama — bacamu dan bacaku,
barangkali sama tetapi
tafsirmu dan tafsirku,
berbeza

Berehatlah kau di sana,
semoga



Kau kembali menemui-Nya
sebelum Ramadhan
menjelma

Kau tak sempat menyambutnya
bersahur dan berbuka
taraweh dan tadarus
kitab-Nya

Kalau kau masih ada
pasti karyamu
aku baca

Iklanmu yang penuh
sentosa

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
03 Ogos - 03 Sept 09

13 comments:

  1. Al Fatihah. Moga yang terdahulu pergi diampuni.Juga kita yang masih tinggal.

    Sangat suka iklan raya Allahyarhamah :)

    Selamat beribadah untuk hari-hari terakhir Ramadhan sauadra. Semoga berbahagia di smaping keluarga tercinta. Salam lebaran.

    -dari saya dan suami.

    ReplyDelete
  2. salam Lily,

    Sudah tiada lagi, iklannya
    yang menyerikan
    aidilfitri

    Sama juga, salam lebaran dari
    saya dan keluarga

    Anak saya - Umi Lily, nak duit
    raye ..

    ReplyDelete
  3. salam cikgu,

    Pada saya, iklannya sangat
    menarik dan kena dengan
    jiwa

    Macam sajak, patahnya yang
    pendek dan padat tapi
    mengena

    ReplyDelete
  4. salam abuyon
    yang pergi tak mungkin kembali
    tapi legasinya masih diingati
    begitulah manusia
    mati meninggalkan jasa
    pasti sekujur tubuh telah luluh

    ReplyDelete
  5. salam faziz ar,

    Pergi tak kembali, persis
    nyanyian Allahyarham
    Asri

    Manusia mati meninggalkan nama
    meski kita dan dia pun tidak
    tahu bagaimana di sana

    Hanya rahmat Allah mengatasi
    segalanya

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam..

    alkisah,
    janda beranak tujuh,
    bertanya bawang berapa kati,
    ketupat berapa yang dah dianyam,
    ayam berapa ekor,
    hinggalah ke daging,
    anaknya diam tanda tak tahu,

    bergegas pula anak-anaknya,
    berlari-lari menaiki sampan,
    si ucu tergelincir,
    marah-marah tidak dapat ikut,

    sampai ke pasar tenggelam,
    daging habis ditempah,
    suatu penjuru,
    anak-anak runsing seribu,
    lintas si kambing,
    tanya seorang adik,
    "daging kambing tak boleh ke?"
    jawab si abang,
    "jangan cari pasal,emak pening kalau makan kambing"

    lantas tumpuan mereka dicuri,
    melihat si singh dengan susunya,
    di rumah,
    si emak mengesat-ngesat air mata,
    "emak nangis?"
    "tak cu,bawang nie."bual dua beranak..
    lantas si ucu berlari-lari,
    "emak,emak, abang balik"
    di jengah-jengah si emak,
    dari jauh kabur pula,
    bila hampir,
    emaknya pengsan,
    seekor lembu dibawa pulang,
    bergegas mendapatkan mak,
    sambil si anak..
    "bangun mak,daging,hat,limpa,paru semua ade mak.."

    seekor lembu di bawah pulng...
    Akhir sudah..
    'syurga dibawah tapak kaki ibu..'

    _____________________________
    karya mu,
    ku ingati,
    ku teliti,
    ku renungi,
    ku fahami,

    tetap harum mewangi,
    walaupun kau sudah tiada lagi,

    al-fatihah,
    Yasmin Ahmad.

    ReplyDelete
  8. salam cahya,

    Wah, hafal ya iklan tu

    ReplyDelete
  9. layak kah orang spt itu di sukai.aneh

    ReplyDelete
  10. salam aloy,

    Filem, suka. Sedang menunggu filem
    Ketika Cinta Bertasbih, dah sampai
    belum ke Malaysia.

    Cuma filem Yasmin, saya tak
    pernah tengok

    ReplyDelete
  11. salam Haku,

    Baca betul-betul ya
    sajak di atas.

    Iklannya, saya suka

    ReplyDelete