Wednesday, August 19, 2009

Kalau Tuhan Nak Sudi

Pagi Jumaat isteriku membakar sampah
Anak bongsuku bermain tanah

Tak lama, uminya marah-marah
Dia menangis, masuk ke rumah
mengadu pada ayah

Ya, mi wak ya
(dengan nadanya yang suka
kudengar)

Kupujuk dia kutanya, kenapa umi
marah-marah

Dalam pelatnya, dia
menjawab, tegas

Mi cuh bacuh
kaki, ya

Aku senyum nampak di muka
Dalam hatiku, pecah ketawa

Ah, kalau Tuhan nak sudi
apa saja boleh jadi



Untukmu anak, bila kau
besar nanti

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
28 Julai 09 12.10 tengahari



Inspirasi dari anak bongsuku, Muhammad Asy-Syazili
yang memanggilku obuya

9 comments:

  1. :) Sahabat, Kelakar lah pulak memikirnya..
    Dah DIA sudi nak bagi katamu
    Apa pun boleh jadi
    Ana pulak jadi gelak
    Lainnya berlaku kat ana pagi ni
    Kalah rindu pada perkara lain
    Lihat pokok nan hijau airmata bergenang
    Jatuh cinta pada DIA Pencipta
    Anugerah Ilahi sampai sekarang terasa
    dan lihatlah sahabat ini perkongsianku
    jika ada faham pasti beroleh rasa

    Begitu banyak gerak gerimu untuk di puja Tarikanmu tidak terbilang Dan hatiku gelisah hanya satu
    (bait ini melekakan ana pagi tadi dan tak tersedar ana jadi lambat walaupun dah cepat namun yg untungnya ana beroleh rasa sampai sekarang)

    dan ini dari ana kepada bait di atas,
    Saat itu yg ku nanti
    Detik pemberian Allah yg aku tunggu
    Saat indah ikhlas mengalunkan kalamnNYA dalammu
    Quran, aku jatuh cinta hingga kerinduan
    Dan bait biasa yg ku lihat pagi tadi jadi Luarbiasa
    Bagi hati yg lunak pasti terasa
    Rugilah tak merasa indahnya jatuh cinta pada kalam Allah yg suci.. Sahabat lihatlah lagi bait indah ini berkenaan Al Quran..

    Wahai bunga, betapa gembiranya aku bersamamu
    Engkau mempunyai bau seperti seorang kekasih

    (bunga-ganti diri utk Al-Quran)

    dan sahabat, ingatlah melalui anakmu DIA mengganti diri menceriakan hatimu..
    Tanda kasihnya DIA padamu..

    ReplyDelete
  2. salam Hajia,

    Wah Hajia seorang penyair
    rupanya :)

    Simbolik yang digunakan
    sangat cantik, bergetar
    rasa

    Ya, Al-Quran adalah cahaya
    berbahagialah sesiapa yang
    mendapat sinarnya walau
    sedikit

    Moga-moga Allah terus-terus berikan
    Hajia kalam bestari

    ReplyDelete
  3. Sajak Abuyon mengingatkan saya zaman anak-anak saya ketika kecil. Saat dan detik yang tenang dalam kalut "menghiburkan".

    ReplyDelete
  4. Ya pak Bahari. Pahitnya yang dulu-dulu
    adalah untuk manisnya hari ini

    Moga-moga anak saya itu membaca sajak ini bila besar nanti

    Teringat iklan burung murai

    ReplyDelete
  5. salam abuyon
    membaca puisimu yang ini
    akupun teringat akan pelat anak-anak
    kekadang jadi nostalgia
    ketawa sendiri

    ReplyDelete
  6. Salam buat abuyon...
    Setelah membaca 'Kalau Tuhan Nak Sudi' terasa anda seorang ayah yang pengasih, penyabar dan bijak menangani masalah anak. Syukurlah kerana anda dikurniakan sifat sedemikian untuk menjadi ketua di dalam keluarga.
    Terima kasih mengunjungi laman Ruang Matahati.
    Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  7. salam sahabatku fauzi,

    Anak-anak adalah cahyamata, penghibur hati, penyejuk mata

    Bila balik kerja, lelah letih hilang
    bila disambut meriah
    anak-anakku

    Buya balik!, buya balik!

    Indahnya ungkapan itu

    ReplyDelete
  8. salam Tn. Zaidin,

    Ah, tuan jangan lebih-lebih pula mengangkat saya. Sebab, saya bukanlah ayah yang baik pula. Terkadang, terlepas tangan juga tatkala mereka memeningkan kepala, maklumlah semuanya askar belaka, 4 orang semua.

    Ayah yang baik, ayah yang menunjukkan anaknya jalan ke syurga

    ke guane :)

    Terima kasih atas
    kunjungan

    ReplyDelete
  9. salam..

    bro..

    memang penyayang..

    ayahanda saya dulu..,

    x dan mengadu,

    tempik halilintar berdentum dulu,

    lari masuk bilik ku kunci pintu,

    ;)

    salam..

    ReplyDelete