Tuesday, August 11, 2009

Ini Zaman Moden

Zaman ini zaman moden
Fikiran mesti terbuka, fesyen terbuka-buka
Jalan mesti pantas, cepat-cepat

Apa tunduk-tunduk, itu zaman dulu
Zaman sekarang kena cepat,
kena terbuka

Jalan mesti ke depan, tegak mendada
Bukan tunduk-tunduk,
lambat

Dah kalau tunduk, mestilah tak nampak
Dah kalau tunduk, mestilah lambat,
sokmo ketinggalan

Hey kawan — ini zaman moden
Tunduk-tunduk tutup-tutup, tak main ya
Orang sudah kuat — segala fizik,
spirit dan minda

Hey hey kawan — tepuk dada, tanya iman kita
dulu kuat mana, sebelum kita
dicampak-Nya ke neraka

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
27 Julai 09 9.00 malam



Inspirasi dari artikel abuyon
Tundukkan Pandangan

6 comments:

  1. jalan terus ke hadapan
    pandangan luas terbentang
    biar berjalan terus ke depan
    tidak bermaksud mendongak langit sambil berjalan
    kerna tak kan sedar duri dan batu tajam
    sesekali jatuhkan padangan ke bawah
    takut nanti kaca sekecil
    mematahkan langkah
    terberhenti di situ
    terduduk di situ
    selaras dengan bawah
    tertunduk-tunduk mengasingkan kaca
    menyapu luka berdarah

    **salam singgah

    ReplyDelete
  2. Benar LavENDer,
    Kita dongak sesekali
    nak lihat
    mendung

    Kita tunduk sesekali
    nak lihat
    duri

    Jalan tetap jalan
    ke depan, bukan
    ke belakang

    Sesekali toleh, sebagai
    pengajaran dan
    peringatan

    salam taaruf
    dari saya :)

    ReplyDelete
  3. Salam Abuyon,

    "manusia sentiasa cuba berubah dalam peredaran waktu, tapi ada ketika-ketikanya yang terdahulu atau yang dianggap tradisional kadangnya membantu kita mengukur diri",

    "seperti cermin pandang belakang ketika memandu kenderaan, amat perlu - tidak boleh bergantung hanya kepada cermin di hadapan pemandu semata-mata".

    ReplyDelete
  4. salam cikgu,

    Benar sekali, sabek tu dalam Quran,
    ada kisah dan cerita orang dulu-dulu
    yang perlu dijadikan panduan

    Dalam kita ke depan,
    perlu tengok belakang

    Bukan jangan pandang belakang
    sebab sejarah berulang,
    sabek tu kena mengaji juga
    apa yang silam

    ReplyDelete
  5. salam..

    ya,

    dan apabila dunia makin maju katanya,

    syariat bukan jadi keutamaan,

    lapangkan hati terus berjaya,

    sedangkan di depan Allah tak membawa makna.

    salam..

    *jom tgk iklan..

    ;)

    ReplyDelete
  6. salam cahya,

    Qum faanzir warabbaka fakabbir!

    Iklan yang skrip kita,
    wajah kita

    Moga Allah beri lagi kepada
    pengarahnya rezki dan
    cipta

    ReplyDelete