Wednesday, August 12, 2009

Hadirin Dari Langit

Dari jauh, aku melihat kebesaran
majlis pengiktirafan ilmu dan
segulung kertas

Dari bawah, aku melihat kehebatan
peribadi dengan jubah dan topi-topi
di gah pentas

Ah, aku jadi bermimpi-mimpi
melihat sebuah kehebatan peribadi
yang agung dan terpuji

Di dalam kebesaran majlisnya
yang sederhana, dikelilingi sahabat
sejati dan dihadiri malaikat
dari langit

Dari tarikan nafas,
abuyon
Batu Pahat, Johor
08 Ogos 09 11.00 pagi



Inspirasi dari sebuah majlis yang
lewat kuhadiri

8 comments:

  1. salam..

    ............
    Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (surah al-mujaadalah,ayat 11).
    ..................
    kelebihan majlis ilmu..

    sebuah medan,

    cahaya ilmu,

    mengisi hati-hati,

    yang mandambakan cinta illahi,

    salam..

    ReplyDelete
  2. salam cahya,

    yup, ilmu itu cahaya
    alangkah indah bila sentiasa
    berada di majlisnya

    Lagi indah kalau dapat
    berada di majlisnya
    Baginda

    ah, mimpi saja :)

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Membaca puisi sdr memberi semacam ketenangan pd saya. Keindahan itu wujud dalam byk bentuk dan puisi sdr punya keindahan yg tersendiri.

    ReplyDelete
  4. Assalammualikum Abuyon...

    dari mimpi hadir realiti...
    jika tidak bermimpi...
    tidak tahu arah untuk pergi...

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Bahari,

    Ah, bukan saya pak tapi Dia. Kalau ada ketenangan saat membaca, dari Dialah
    yang berhak.

    Segala puji atas-Nya, Tuhan alam
    selurunya

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam wm wbt
    Dhamah Syifflah,

    Moga mimpiku dari tuannya
    langit, bukan tuannya nafsu
    dan segala jahat
    hangit

    Moga mimpiku, bertemu
    Nabi

    Allah, Allah
    Allah


    kepada-Mu aku
    pohon

    ReplyDelete
  7. Amin...
    jika itu doa mu...
    berdoalah aku sekali...
    moga berjumpa tepat masa...

    Allah sentiasa memberi...
    kepada hambaNya terpilih...
    moga kau pilihanNya...

    telah patah sayapku...
    untuk terbang mencari...
    hanya mampu merangkak...
    itupun jika Dia sudi...
    untuk memberi...

    ReplyDelete
  8. Jika itu pula doamu,
    moga Allah memberi
    denganmu sekali

    Wahai,
    Dia tak perlu dicari
    Dia dekat di urat leher
    sendiri

    Buta mata kita, hati kita
    lebih-lebih lagi

    ReplyDelete