Tuesday, August 25, 2009

Doa Yang Satu

(Hari pertama ketika waktu nikmatnya
orang berpuasa)

Sungguh riang anak-anakku
Saat berbuka hampir tiba
siapa tak puasa, siapa
berpuasa

Dengar tak dengar antara,
telinga menangkap azan
di maghrib udara

Anak sulungku dengan sukanya
menyampaikan khabar
gembira

Buya, bang doh

Anak-anak tangan bersedia, menadah
doa seperti biasa bila hidangan
di depan mata

Akupun mula membaca,
Allahumma lakasumna _______
serentak anak bongsuku baca,
Allahumma banya

Bila aku teruskan juga, lantas
dia menghamburkan
airmata

Dia menyeru-nyeru kepadaku
dengan tangisnya—

Baca semula, baca semula
baca semula
(dengan nadanya yang suka
kudengar)

O ya, dia tahu hanya doa yang itu
Meski pelat bila membaca, dia dulu
dia penghulu

Bila baca kita lain darinya, dia tak mahu
Kupujuk-pujuk kuberi lalu, bacalah
anakku doamu seperti selalu

Dengan lagunya, dia membaca
Kami ikut alunannya, kami baca
Dengan nama-Nya, kami
berbuka dengan
gembira



Ya Tuhan, aku jadi malu
Kau ajar aku melalui
karenah anakku

Perbuatlah, tiap pengetahuan
yang Kau beri walau
satu

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
22 Ogos 09 7.30 malam



Inspirasi dari karenah anak bongsuku yang sudah
pandai baca doa walau satu dengan susunan lagu
yang ditiru dari abang Adinya itu

11 comments:

  1. Ramadan datang lagi
    menagih iman dan ketakwaan
    semoga amalan diterima
    penuh keberkatan.

    Ramadan menjelang lagi
    menagih kesabaran
    terbuka pintu syurga
    tertutup pintu neraka
    semoga beroleh rahmatNya.

    ReplyDelete
  2. Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan, semoga bertambah iman dan taqwa.
    Salam ziarah...
    Semoga selalu bahagia, Kawan...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam..

    kerenah yang mendamaikan jiwa..
    sambil mengajar kita hanya hamba..
    bahawa Dia yang Esa..

    ;)

    *oh ya, 'bocah' ertinya kanak-kanak yang berusia bawah 10 tahun..
    mengerti wahai abangku abuyon? heee ;P
    wassalam...

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan pak Latip dan Lis,

    Moga seputih kain Ramadhan ini
    Biar bersih, apa yang kotor
    jiwa dan raga

    ReplyDelete
  6. salam cahya,

    Oo biasa dengar dan baca, tak biasa guna. Baru faham betul, bocah.. he. BM ke loghat mana-mana.

    ReplyDelete
  7. Salam Abuyon,

    Berlainan sungguh Ramadhan yang ini
    Agak tenang tanpa terikut nafsu hati
    Setiap malam aku menunggu dan menanti
    Solat Tarawih solat yang ini

    Aku bersyukur anak-anakku akur
    Tiada menyoal .. kenapa dan mengapa
    Penat dan pening tidak terasa
    Malah aku digesa "Segeralah mama"

    Benar katamu wahai Abuyon
    Allah menegur memberi kiasan
    Anakku berpesan "Mama balik simpan tugasan"
    "Tutup komputer bacalah Al-Quran"

    Duhai anakku .. segannya ibu.

    W'salam

    ReplyDelete
  8. salam..

    x pasti bang asal perkataan 'bocah' itu,

    maaf ye bang..

    ;)

    wassalam..

    ReplyDelete
  9. salam Muelan,

    Patahmu itu seolah saya
    yang berbicara

    Kadang hati sejuta mahu
    tapi fizikal tak
    berdaya

    Letih ditelan
    waktu

    Lagha selalu

    ReplyDelete
  10. Salam Abuyon,

    Segala isi alam mahupun galaksi dan cakerawala-Nya adalah medium penyampaian ilmu, teguran, sindiran mahupun hukuman-Nya kepada sekelian hamba-hamba-Nya.

    Jika Jibrail adalah medium penyampaian wahyu-Nya kepada para Rasul dan para Nabi,

    Jika Rasulullah adalah medium penyebaran Ad-Din-Nya yang lengkap kepada umat manusia,

    Maka kita sekelian umat Muhammad juga adalah medium untuk saling menyampaikan dan mengingati sesama insan.

    Segalanya yang baik itu adalah kalam tuhan
    segalanya yang buruk itu adalah kalam syaitan.

    Daku menganggap tintamu adalah peringatan daripada tuhan pemilik sekelian alam.

    Wallahualam .. w'salam.

    ReplyDelete
  11. salam Muelan,

    Bila saya pejamkan mata, atas
    baca kalammu itu, hati ini
    berkata

    Allah saja, Allah saja
    saya tiada, Dia
    hanya


    Begitu, saya meniti atas lidah
    Hamzah Fansuri,

    Hapuskan akal dan rasamu,
    Lenyapkan badan dan
    nyawamu"

    ReplyDelete