Sunday, July 26, 2009

Hati Menjerit

Hati menjerit menangis di setiap hari
Melihatkan merah darah umat
Membanjiri bumi luas Tuhan
Bila terjadi pembunuhan

Hati terus meraung dan merintih
Bila seorang ibu ditikam tanpa belas
Merah darah mengalir ganas
Di sebuah mahkamah

Tuhan, Kau telah memberitahu kami
Tentang peritiwa akhir zaman
Melalui lidah Nabi-Mu

Benarlah ujaran Rasulullah
Di akhir zaman banyak
berlaku,

Pembunuhan, pembunuhan
pembunuhan



Untuk Marwa,
anaknya dalam kandungan dan
suami yang bermaruah

Untuk etnik Uighur di China yang kalah
Semoga kalian,
syahid

Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
26 Julai 09 8.00 malam



Inspirasi dari sebuah nasyid dan
hadis akhir zaman.

5 comments:

  1. ''Untuk etnik Uighur di China yang kalah
    Semoga kalian, syahid''

    Hancur Komunis China!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Isma,
    sejuta terima kasih,
    atas komenmu yang
    menyala

    sejuta terima kasih,
    sebab engkau yang
    pertama

    ______

    Saya akan linkkan saudara, di blog utama saya kalau line broadband,
    clear

    http://abuyon.blogspot.com

    Dari tarikan nafas,
    abuyon

    ReplyDelete
  4. Salam Pak cik,

    Saya suka sajak yang ini. Bila pak cik mula meminati menulis sajak? Saya suka menulis sajak juga. Tapi jarang-jarang hasilkan. Macam pak cik, sebulan sahaja sudah berapa buah. Apa rahsia? Barangkali kalau ada resepi-resepi berguna boleh dikongsi serasa dua? Terima kasih. Teruskan menulis, ya pak cik!

    ReplyDelete
  5. salam Balqis,

    Terima kasih, komentar. Minat sajak,
    tak tahulah. Barangkali sudah tumbuh masa
    sekolah lagi.

    Ilham datang spontan saja. Macam sajak inilah.
    Tiba-tiba, ada ayat-ayat itu dalam kepala,
    terngiang-ngiang kata-kata. Kalau tak dicatatkan, mungkin tak ingat, mungkin
    tak dapat lagi.

    Kadang, tengah nak lelapkan mata,ia datang
    terus bangun dan catat pada kertas atau
    terus saja taip kat PC.

    Kadang, masa peristiwa tu berlaku. Macam sajak saya yang dulu, Gadis-gadis Terdedah.
    Kita lihat, dan dapat ilham. Macam juga sajak
    inilah. Ia dari dalam hati, bila kita terkesan, kuat dengan sesuatu peristiwa.

    Semua itu pada saya, macam apa yang saya pegang, gerak kita gerak Dia.

    ReplyDelete